Thursday, April 9, 2009

Pertandingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Sketsa Terbaik

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Sketsa Terbaik

Kami daripada kumpulan pelajar akademik KPLI Pemulihan dan rakan KPLI Matematik 4 Institut Perguruan Persekutuan telah menjadi juara untuk Pertandingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Sketsa Terbaik sempena Program Pendidikan Kesihatan Pergigian Pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Negeri Pulau Pinang.

Persembahan bengkel RPH telah melibatkan 6 kumpulan akademik iaitu LIPM+LISN2, LIPEM+LIMT4, LISN1+LIMU+LIPC1, LIMT1+LIMT3, LIMT2+LIPC2 dan LIPJ+LISN3 yang telah diadakan petang semalam.

Saya sebagai penulis skrip untuk tema 'Gigi Sihat, Keyakinan Meningkat' amat bangga kerana dengan serba kekurangan kami semua bersatu dan berjaya membuat yang terbaik. Saya sempat tengok juga kelibat En. Ainuddin pagi tadi, senyum lebar dia melihat Cikgu Boss membuat persembahan. Pagi tadi, pemenang sketsa RPH dari Institut Perguruan Tuanku Bainun turut hadir mempersembahkan sketsa RPH mereka. Ramai yang terhibur sebab ada tarian lagu 'Chicken Dance'. Haha..

No comments:

Post a Comment